Wednesday, January 16, 2008

Evolusi Pengurusan Pengeluaran

Pengurusan pengeluaran bermula sekitar tahin 1700-an, selepas Revolusi Perindustrian berlaku di Eropah. Ia telah mengubah cara kerja di Eropah. Sebelum revolusi, buruh mahir dan pekerja menghasilkan produk dari proses awal sehingga akhir di rumah. Rumah menjadi 'kilang' kepada pengeluaran mereka. Selepas revolusi, buruh bekerja secara kumpulan dengan menggunkan kaedah mesin. Ketika ini mesin telah diperkenalkan untuk mempercepatkan proses pengeluaran.

Pada tahun 1776, Adam Smith telah mengemukakan konsep pengkhususan dan pembahagian kerja. Di mana proses pengeluaran dibahagikan kepada unit-unit kecil dan ditugaskan kepada pekerja. Pengkhususan kerja melahirkan pekerja mahir dan kemajuan mesin menjalankan kerja tertentu. Ini dikuiti dengan Frederick W. Taylor memperkenalkan falsafah pengurusan secara saintifik.

Definisi dan Peranan

Pengeluaran melibatkan aktiviti penghasilan barang atau perkhidmatan. Manakala pengurusan pengeluaran melibatkan perancangan, penyusunan, penstafan, pengarahan dan pengawalan segala aktiviti berkaitan dengan penghasilan barang atau perkhidmatan untuk memastikan proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan ini berlaku secara sistematik, tersusun dan mencapai matlamatnya.